Selasa, 14 Mei 2013


Assalamualaikum, bismillah..

Ehem, semua orang ada masalahkan? Tak kisah la masalah negara, masalah peribadi atau apa-apa pon, semuanya kita kena fikirkan jalan penyelesaian.. Setiap kali kita ada masalah mesti kita akan rasa down dan akan cari orang yang mampu bagi kita nasihat.. Tapi ada juga kadang-kadang bila kita luahkan atau share masalah dengan kawan-kawan, apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang dia sampaikan, maksudnya nasihat yang dia bagi tu tak beri kesan dekat kita, kita tak rasa leganya bila dia faham apa yang kita rasa..

Memang ada orang yang cakap "aku faham apa yang hang rasa, aku pernah laluinya", ye, awak pernah alaminya.. Tapi ayat yang seterusnya dia cakap "sabarlah", memang kita bersabar, tapi kita nak ayat yang boleh buat kita rasa lega, yang tahu apa yang kita rasa waktu tu, sakit hati ke, sedih ke..


Nak cari orang yang tahu apa yang kita alami atau rasa benda yang sama memang susah, alami tu ramai, tapi rasa sakitnya alami masalah tu yang susah, tak semua rasa yang sama.. Tapi ada seorang yang tahu apa yang kita rasa, tahu tentang semuanya, Allah, kita tak cakap apa yang kita rasa pun Dia dah tahu, for me la kan, lebih suka pendam masalah atau perasaan, kalau rasa tak tahan sangat nak tanggung masalah tu baru cari kawan nak mengadu, thats why aku jarang nak bercakap,huhu..



Aku lebih suka motivasikan diri sendiri, atau sedapkan hati sendiri, kalau ada masalah pon aku aku lebih suka mengadu kepadaNya, Dia lebih tahu apa yang kita rasa, kalau kita lepaskan dekat orang lain, apa yang orang tu boleh buat? Nasihatkan saja.. Kalau luahkan kepada Allah dalam solat kita, atleast kita akan rasa tenang walaupun masalah tu tak boleh diselesaikan.. Allah lebih tahu apa yang kita rasa, apa yang kita sedang alami.. Allah sentiasa berada disisi kita, sentiasa sayangkan kita dengan turunkan masalah-masalah kat kita..Tapi ada ke setiap kali kita ada masalah kita mengadu kepadaNya? Berdoa kepadaNya?


Ingatlah, Allah turunkan masalah dekat kita sebab sayangkan kita, bukannya kita menyalahiNya lagi, cakap Allah tak sayangkan kita la apa la, tu salah sebenarnya, Allah turunkan masalah supaya kita dekatkan diri kepada Dia, mengadu kepada Dia.. Ingat Allah tahu apa yang kita rasa..









Isnin, 13 Mei 2013

Assalamualaikum, bismillah..


Ehem, pertama sekali, nak cuci cuci dulu lah blog ini, lepas setahun lebih tak update, hehe, bukan apa rasa tak ada apa yang nak update or story morry, btw, post-post yang lama sudah delete, sebab? i have my own reason, tak perlu kot nak cerita, hehe, lagipun post-post yang dulu tu rasa menyampah bila baca, tak matured langsung, biasalah kan budak-budak sekolah, now dah nak masuk 18 tahun, dah nak masuk universiti pun, and i can't still believe yang saya ni, anak bongsu ni nak masuk universiti dahhhh...dah tinggalkan zaman sekolah menengah, kena berdikari, Ya Allah, rasa sekejap sangat nak masuk universiti dah..


Before this, aku kan duduk rumah, tak pernah jauh daripada family, dalam family ni, aku sorang je tak masuk asrama, takpe, aku temankan mak dan ayah aku, hehe, dan sekarang bila nak masuk universiti rasa macam tak percaya, tak percaya sebab yelah lepas ni kena duduk asrama, jauh daripada mak ayah, kena berdikari, well, aku ni pemalu, huhu, harap harap bila dah masuk universiti nanti aku akan lebih berdikari, amin..



So, this time aku nak mulakan segalanya yang baru, harap-harap segalanya bertahan lama, maksud aku life yang sekarang ni, yang mahu menjadi orang yang lebih baik, lebih berfikiran terbuka, berfikiran positif, amin..till then, assalamualaikum.