Assalamualaikum..
Bismillahirahmanirrahim.. Setelah sekian lama tak menaip dan berblog akhirnyaaaa *cehh* bukan apa takde idea nak update apa.. Alhamdulillah harini dapat join usrah dengan group usrah, setelah sekian lama asyik tak dapat join sebab clash dengan kelas je.. Dalam hati memang rindu nak join, sejak masuk sem 2 ni, harini usrah yang pertama, Alhamdulillah dapat jugak :)
Okay cukup mukadimah kat atas tu, ana nak share sikit pasal tajuk usrah yang dibincangkan tadi dengan group usrah.. Tajuk berkaitan dengan akhlak.. akhlak ni dari segi bahasa bermaksud khulq (betulkan ana kalau ana salah) dan juga bermaksud perilaku/perangai/tabiat.. Nak kaitkan sikitlah kan tajuk ni dengan akhlak umat Islam sekarang ni.. kalau tengok isu murtad paling banyak diperkatakan.. apa sebab sesetengah umat Islam murtad? Sebabnya kurang iman dan terpengaruh dengan kawan.. kalau tengok lah kan pengaruh kawan ni memang kuat sebagai contoh kawan ajak melepak, mula-mula kita tolak tapi lama-lama perasaan nak ikut jugak dan nak rasa best ke tak melepak ni kita pon ikut la.. bila rasa macam "ehh best la plak lepak-lepak macam ni.. nanti aku nak ikut lagi tau" haa tu kawan dia tu dah pengaruh dia la..
Akhlak ni terbahagi kepada 2.. first akhlak kepada manusia dan second akhlak kepada bukan manusia.. akhlak kepada manusia ni plak terbahagi kepada 7 bahagian iaitu akhlak kepada Rasulullah SAW, akhlak kepada ibu bapa, akhlak kepada guru,akhlak kepada jiran tetangga, akhlak kepada suami isteri, akhlak kepada anak-anak dan akhlak kepada kaum kerabat.. akhlak kepada selain daripada manusia pulak ada 5 bahagian iaitu akhlak kepada malaikat, akhlak kepada haiwan, akhlak kepada tumbuhan, akhlak kepada jin dan akhlak kepada alam semesta.. kita bukan saja kena berakhlak kepada manusia saja, dengan tumbuh tumbuhan, haiwan dan yang selain daripada manusia lah kita kena berakhlak juga.. ni tak kalau nampak tumbuh tumbuhan yang cantik ke apa mai ambik je, mai petik je.. ingatlah walaupun dia tak hidup tapi dia sebahagian daripada makhluk Allah jugak :)
Akhlak ni merupakan pakaian kepada muslim.. sekarang orang mana pandang rupa pon kan, semuanya tengok dekat perangai kita.. kalau cantik comel tapi perangai kurang semenggah orang mesti mengata betul tak? memang payah nak berubah tapi kita boleh cuba perlahan-lahan kan? slow slow.. kalau drastik takut kita tak boleh nak beristiqomah.. nak beristiqomah ni cukup payah.. hati manusia ni cepat berubah, mudah bergolak balik.. kita sebagai muslim akhlak ni amatlah penting.. kita tengok pada zaman Rasulullah dulu.. sebab apa orang kafir terbuka hati nak peluk Islam? Sebab mereka tertarik dengan akhlak Rasulullah.. Akhlak Rasulullah ni tersangat lah cantik.. bercakap pon lemah lembut..tapi tengok zaman sekarang.. bercakap pon tak beradab.. bercakap plak dengan kasar.. astaghfirullah.. kadang kadang diri ni jugak cakap tak berlemah lembut, masih lagi tertinggi suara, bukannya sengaja tapi memang dah terbiasa.. takpe try lagi nak bercakap dengan lemah lembut..
So konklusinya kita sebagai muslim akhlak amat penting.. malu dengan orang sekeliling.. tambah kalau seorang muslimat, cakap perkara-perkara yang tak elok, terjerit jerit plak.. malu dengan muslimin, mana yang dikatakan muslimah sejati? so start harini kita try ubah perangai kita okay?
Next usrah in shaa Allah ana kena bentang tentang apa itu tarbiyah? Allah rasa macam tak layak pulak tapi ni jugak salah satu homework yang kena buat.. semoga Allah permudahkan :)